ข่าว ข่าวในประเทศ

Tahniah kepada Assoc.Prof.Dr.Ismail Lutfi Japakiya

Tahniah kepada

Assoc.Prof.Dr. Ismail Lutfi Japakiya

(Rektor Universiti Fatoni)

Putera Khalid Al Faisal bin Abdul Aziz Al Saud (Amir Makkah dan juga Presiden Anugerah Raja Faisal  yang mempunyai ibu pejabatnya di Riyadh  Arab Saudi). 

Penghargaan telah di beri kepada Assoc.Prof.Dr.Ismail Lutfi Japakiya dengan memilih beliau sebagai Ahli Jawatankuasa pemilihan calon yang sesuai untuk Anugerah Raja Faisal ketegori Perkhidmatan Islam Tahun 2022 ” Menurut surat pelantikan No. 21110 bertarikh 8 Safar A.D 1443 bersamaan 15 September 2021.

Semoga Allah memberikan pertolongan dan bimbingan kepada Assoc.Prof.Dr. Ismail Lutfi Japaqiya, Rektor Universiti Fatoni dalam melaksanakan tugas yang terpuji ini. 

Hadiah Raja Faisal (Arab: جائزة الملك فيصل, sebelumnya Hadiah Antarabangsa Raja Faisal) ditubuhkan pada 1977 adalah anugerah tahunan yang ditaja oleh King Faisal Foundation, yang diberikan kepada “lelaki dan wanita yang berdedikasi.” Yayasan ini menawarkan anugerah dalam lima kategori: Perkhidmatan untuk Islam, Pengajian Islam, Sastera Arab.Sains dan Perubatan 

. Tiga kategori pertama diiktiraf secara meluas sebagai anugerah paling berprestij di dunia Islam . Semenjak tahun pertama penubuhan sehingga 2019, seramai 265 orang dari 43 negara telah menerima anugerah tersebut.

Penerima pertama Anugerah Raja Faisal untuk Perkhidmatan kepada Islam adalah Abul A”la Almaudoudi, Pemimpin Gerakan Islam Pakistan pada tahun 1979 . Di negara-negara ASEAN, terdapat 5 orang yang telah menerima anugerah ini, iaitu Presiden Muhammad Nasir dari Indonesia pada tahun 1980, Tengku Abdul Rahman Putra 1983, Dr Mahathir Mohamad 1997 dan Tun Abdullah Badawi tahun 2011 dari Malaysia dan Dr Ahmad Domogao Alon Toh, dari Filipina pada tahun 1988. Penerima anugerah ini akan menerima anugerah wang tunai sebanyak RS750,000 dan sijil penghargaan.

SELAMAT BERKHIDMAT UNTUK UMMAH


Ikhlas daripada theustaz.com