Syria berdarah

Syria berdarah pernahkah kau rasa
deritanya perihatinkah kau berita ngerinya
dengarkah kau jerit tangisnya
selamikah kau lautan darahnya

Kini Syria menangis
tapi tak seorang pun mendengar tangisannya
kini Syria merayu syahdu
namun tak seorang pun menghulur bantuan

Cuba lihat ….
Anak – anak kecil dibunuh
sekiranya dia adalah anakmu
seorang gadis diperkosa
seandainya dia saudarimu
seorang wanita disiksa
bayangkan dia ibumu
seorang lelaki tua dipukul merana
apa kata kalau dia ayahmu
seorang remaja dibelasah sesuka rasa
renungkan kalau dia saudaramu

sudah semestinya kita bersedih sebagaimana kesedihan mereka

Syria berdarah
mereka bagaikan Ashabul ukhdud di zaman silam
dosa-dosa mereka adalah beriman kepada Allah
Tuhan semesta
dan tidak rela menyembah rejim durjana

Mereka berdepan dengan sekumpulan manusia
yang lebih kejam dari Yahudi dan Nasrani
membunuh jiwa yang tak berdosa
memusnah rumah-rumah Allah
membakar dan menghina alquran
menabur kefasidan di atas muka bumi
berlemah lembut terhadap kuffar
bersikap keras terhadap para mu’min
dialah Syiah Nusairi Alawi Ba’thi
yang diasas Hafiz al-Asad
kini dijejaki anaknya Basyar al-Asad
bapa burik,anak tentunya rintik

Syria
Kau bumi yang tiada tara
tanah bertuah yang diberkati Allah
perkuburan para Nabi,Rasul dan Sahabat Baginda
darah para syuhada’ mengalir menyiram bumimu
Para malaikat Allah memayungi sayap-sayapnya merestuimu

Syria
sabar dan yakinlah
bantuan Allah tetap tiba
kegelapan malam takkan berpanjangan
pabila fajar subuh datang
menjanjikan sinaran mentari

di saat itu
kezaliman akan musnah
drama kekejaman akan berakhir
pemimpin palsu akan terdedah kepalsuannya
segala boneka akan menerima balasannya
dunia akan bersama Islam
Allah tetap bersama para mu’minin

*****************

nukilan : Ibnu Desa
10 April 2012

www.aljazeera.net